



| |
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di
sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan
ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima
waktu jangan diabaikan.
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari
kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula
daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam
seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata
pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan
mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.Naikkan kepada jari
kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja.
Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan
dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini,
alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan
pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada
usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan
segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda?? Nah...naik kepada jari
ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.
Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an
ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh
serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini
banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki,
hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal
mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu,
amal ibadat mesti dilipatgandakan.Kita beralih
kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT
ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia
sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap
usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing
yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat. Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan
kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan
mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau
cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk
dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda
patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil
menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda. Akhirul
kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir
dalam-dalam. Dimanakah anda
sekarang??? |