|
Sembahyang
juga adalah merupakan tiang agama. Meninggalkan sembahyang adalah satu dosa
dan meruntuhkan tiang agama. Sabda Rasulullah s.a.w:"Barangsiapa yang
meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya ia adalah kafir yang
nyata." Sembahyang atau solat itu perlu dilaksanakan dengan khusyuk dan
teratur, agar ianya diterima oleh Allah. Firman Allah: "Neraka Wail bagi
mereka yang bersembahyang. Yang lalai di dalam sembahyangnya." (Al-Maun:
4 - 5) Selain dari itu solat juga adalah identiti seorang muslim yang dapat
memisahkannya daripada orang kafir. Sabda Rasulullah s.a.w: "Perpisahan
antara seorang lelaki dengan syirik dan kufur itu ialah sembahyang." (HR
Muslim) .
"Permulaan seseorang hamba itu dihisab pada
hari qiamat ialah sembahyang. Maka jika baik sembahyangnya, maka dikira baik
seluruh amalnya. Jika buruk dan rosak sembahyangnya, dikira rosak seluruh
amalannya."
Jesteru itu, di dalam melakukan solat, wajib
kita khusyuk. Bagaimana untuk khusyuk ?.
Untuk
khusyuk di dalam solat, perlulah seseorang itu menjaga adab dan
tatasusila di dalam solat. Di antaranya :
1.
Hendaklah bersikap merendah diri kepada Allah.
2. Sedarkan diri ketika hendak solat, iaitu
dengan siapa kita sedang berhadapan.(Allah s.w.t)
3. Sentiasa melahirkan rasa takut kepada Allah (kerana
dia sentiasa memerhatikan kita)
4. Hadirkan hati di dalam solat (faham segala
ucapan dan mengetahui hikmah segala pergerakan)
5. Bersolat di dalam keadaan tenang
6. Tetap segala anggota, kepala, dua kaki dan
tangan. (kerana anggota ini jika tidak dikawal mudah bergerak)
Rasulullah s.a.w: "Perpisahan antara
seorang lelaki dengan syirik dan kufur itu ialah sembahyang.
7. Meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri
dengan sempurna (seperti mayat yang hendak dikebumikan)
8. Memikirkan segala ucapan dan isi bacaan Al
Quran
9. Bertakbir dengan penuh rasa kebesaran dan
kehebatan Allah
10.Rukuk dengan merendahkan diri dan merasa hina
diri seperti binatang ternak yang sama kedudukan punggung dengan kepalanya.
11.Sujud dengan perasaan yang khusyuk dan
menghina diri kepada Allah kerana kedudukan punggung lebih tinggi daripada
kepala.
12.Bertasbih dengan merasakan kehebatan Allah
13.Bertasyahud dengan memahami bacaan dan
membuat pengakuan kepada Allah.
14.Memberi salam dengan perasaan memerlukan
keselamatan dan kesejahteraan dari Allah Berpaling dari sembayang dengan rasa
takut dan berusaha menuntut keredhaan Allah s.w.t Bersabda Rasulullah s.a.w:
"Tiadalah seorang islam itu yang menghadapai kedatangan waktu solat lalu
dia mengambil wudhu dengan sempurna dan bersembahyang dengan khusyuk dan baik
rukuknya melainkan sembahyang itu akan menghapus dosa-dosanya sebelum ini
selama dia tidak melakukan dosa besar. Yang demikian (penghapusan itu) adalah
berlaku sepanjang tahun." (HR Muslim)
Meninggalkan
Solat
Meninggalkan
sembahyang lebih besar dosanya dari perkara2 yg lainang wanita datang berjumpa
Nabi Musa as merayu kepadanya agar dapat
memohon kepada Allah SWT mengampunkan kesalahan
dan dosanya. Nabi Musa
as bertanya apakah dosa itu.Wanita itu menjawab
ia sudah bersuami dan
telah berzina dengan orang lain apabila telah
melahirkan anak ia
membunuh anak itu.Mendengarkannya Nabi Musa
berasa teramat marah lalu
menghalau wanita tersebut.Dengan perasaan sedih,
hampa dan kecewa terus
pergi dari situ,tiba-tiba nabi Musa memanggilnya
semula dan mengatakan
bahawa Allah SWT telah mengampunkan
dosanya,bergembiralah ia.Nabi Musa
as bertanya apakah dosa yang lebih besar dari
itu, jawab Jibril as
ialah dosa orang yang meninggalkan sembahyang.
(Disampaikan oleh Ustaz Hj.Omar B Abdullah)
|